Selasa, 10 Mac 2015

DAP persoal kemana RM800 juta peruntukan bantuan banjir?

pix for wawancara anthony loke DALAM

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR,: Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook hari ini mempersoalkan ke mana peruntukan banjir yang kononnya didakwa berjumlah RM800 juta oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa peruntukan untuk mangsa banjir baru-baru ini adalah sebanyak RM97 juta.

“Pendedahan beliau ini amat memeranjatkan, kerana bukankah Ahmad Maslan dulu cakap jumlahnya RM800 juta?

“Mana perginya RM800 juta ini? Apakah kerajaan sebenarnya telah menipu mangsa banjir khususnya warga Kelantan yang paling terjejas teruk,” soalnya dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan titah Diraja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP menyatakan, jelas kerajaan langsung tidak memberikan bantuan yang konkrit kepada mangsa banjir, sehingga kini masih ada mangsa yang hidup penuh kesengsaraan.

“Jika peruntukan yang disalurkan kepada mangsa banjir menyeluruh seperti didakwa, mengapa masih ada penduduk di Gua Musang yang tinggal dalam khemah?” soalnya.

Shahidan ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing pagi tadi menyatakan kerajaan memperuntukkan RM97 juta untuk agihan kepada 194,280 mangsa banjir. – Roketkini.com


Tiada ulasan: