MALAYSIAKINI
Blog popular milik Tun Dr Mahathir Mohamad kini digantung, beberapa jam
selepas satu artikelnya mengkritik keras pentadbiran perdana menteri
dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Apabila cuba diakses, tertera perkataan "this account has been suspended" atau "akaun blog ini telah digantung". Puncanya masih belum dapat dipastikan.
Malaysiakini gagal mendapatkan reaksi pegawai Dr Mahathir berhubung masalah ini buat masa ini.
Perkara ini mula disedari menjelang jam 4.30 petang apabila semakan Malaysiakini mendapati blog popular itu CheDet.cc tidak dapat diakses.
Dr Mahathir, antaranya, mengungkit kekayaan keluarga Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Abdul Razak, menggesa siasatan forensik polis terhadap
1MDB serta memberi amaran BN mungkin tewas dalam pilihan raya umum akan
datang akibat masalah syarikat pelaburan tersebut.
Tulisan panjang itu bagaimanapun telah beredar secara meluas di Internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan