Sabtu, 7 Mac 2015

Anggota polis Kelantan mencukupi kawal PRK Chempaka

BERNAMA

Anggota polis Kelantan mencukupi kawal PRK Chempaka

Mazlan Lazim berkata dianggarkan antara 600 dan 1,000 anggota diperlukan bagi mengawal PRK 

berkenaan. - Gambar fail

 


PASIR PUTEH: Polis Kelantan tidak memerlukan bantuan anggota tambahan dari negeri lain untuk mengawal keselamatan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata anggota di negeri ini sudah mencukupi bagi mengawal keadaan.

Beliau berkata dianggarkan antara 600 dan 1,000 anggota diperlukan bagi mengawal PRK berkenaan.

"Kita jangka PRK ini tidak menghadapi persaingan sengit dan jika berlaku kes di luar jangkaan, kita akan memohon bantuan dari pihak atasan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Polis Bersama Masyarakat Mencegah Jenayah di sini semalam.

Hari pencalonan ditetap pada 10 Mac.  Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lepas

Tiada ulasan: