Khamis, 12 Mac 2015

‘Akta Hasutan 1948 sudah macam machine gun’


Eric Paulsen  
Eric Paulsen


KUALA LUMPUR – Akta Hasutan 1948 digunakan secara meluas seperti laras automatik ‘machine gun’ yang akan ‘menembak’ sesiapa sahaja yang menyatakan sesuatu walaupun dengan cara yang tidak ekstrem, dakwa Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL) Eric Paulsen.

Menerusi sebuah Forum Akta Hasutan 1948 hari ini, Eric menjelaskan, undang-undang tersebut bukan hanya disalahguna oleh pihak-pihak tertentu menutup ruang kepada rakyat untuk bersuara.

“Akta Hasutan (sekarang) digunakan secara meluas dan keterlaluan. Ia jelas telah disalah guna. Dan tidak patut dikekalkan lagi.

“Walaupun individu tersebut hanya menyatakan pendapat atau pandangannya dengan sifat sedikit keterbukaan, dia sudah boleh didakwa di atas Akta Hasutan dan ini salah,” katanya.

Menurut Eric, dia juga percaya bahawa perkara penting berkaitan hak rakyat dan pelbagai perkara lain yang  yang tertakluk di dalam Perlembagaan harus dibangkitkan dan boleh didebatkan sekiranya berlaku salah laku tidak sesuai dengan konteksituasi masa kini.

Katanya lagi, keperluan untuk mengadakan perbincangan dilihat sebagai alternatif terbaik bagi memperjelas kebaikan dan keperluan bagi mengekalkan akta tersebut.

“Malaysia adalah satu negara demokrasi yang berpelembagaan dan memang ada beberapa perkara merupakan isu yang sensitif. Tapi saya rasa tak perlu untuk kita jadikan setiap perkara yang dbangkitkan sebagai satu isu yang sensitif.

“Saya percaya rakyat di negara ini merupakan rakyat yang matang dan boleh mendengar setiap pandangan jika perkara ini diteruskan menerusi proses debat atau perbincangan ilmiah,” katanya ketika ditemui Sinar Online di sini, hari ini.
 

Tiada ulasan: