Selasa, 17 Februari 2015

Tutup kedai waktu solat Jumaat hanya untuk pasaraya, kata Mustafa

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan larangan penutupan kedai pada waktu solat Jumaat dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) hanya tertakluk kepada pasar raya (supermarket) dan pasar raya besar (hypermarket).

Ujarnya laporan dua akhbar hari ini adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Setelah saya merujuk kepada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), laporan itu tidak tepat dan mengelirukan.

"Apa yang sebenarnya ialah arahan itu hanya terbatas kepada pasar raya (supermarket) dan pasar raya besar (hypermarket) sahaja, tidak melibatkan semua kedai sebagaimana yang dilaporkan.

"Pasar raya (supermarket) dan pasar raya besar (hypermarket) menjadi antara tempat lepak dalam kalangan lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat," katanya yang dipetik Harakahdaily.

Kenyataan beliau itu merujuk laporan akhbar Star hari ini pada halaman 6 bertajuk 'Friday prayer closure should only be for Muslims' dan New Straits Times pada halaman 8 bertajuk 'Kelantan shop must close for Friday prayers'.

Justeru, kata beliau penutupan selama dua jam bermula 12.30 tengah hari itu tidak akan memberi ruang kepada mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat.

Tiada ulasan: