Isnin, 23 Februari 2015

Saiful enggan ulangi cerita saat diliwat

MALAYSIAKINI


 


Pengadu kes Liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau tidak akan mengulangi pengakuannya, termasuk butiran mengenai pelakuan seks di antara beliau dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful berkata demikian bagi mengulas mengenai butiran yang didedahkan oleh peguam pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam program jelajah peguam tersebut.

Butiran sensasi tersebut didedahkan oleh Saiful secara in camera dalam perbicaraan tersebut.

“Saya tidak akan mengulangi apa jua keterangan yang telah saya berikan di mahkamah bagi prosiding jenayah sebelum ini di luar (mahkamah) atau mana-mana forum.

“Saya telah memberikan keterangan di dalam mahkamah sebelum ini dan ia adalah suatu yang telah direkodkan di dalam nota keterangan dan rekod prosiding perbicaraan.

“Justeru pada hemat saya, tidak perlu lagi saya mengulanginya di luar mahkamah,” katanya di blog mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Sementara itu, Shafee pula bertegas bahawa beliau akan meneruskan program jelajah untuk menjelaskan kes tersebut.

“Saya tiada masalah nak teruskan dan balas hujah kerana rakyat berhak tahu kebenaran. Penjelasan ini bukan kerana kita marah (kepada) Anwar, tetapi kes beliau cuba diputarbelitkan.

“Saya nak perbetulkan sesetengah pihak seperti Majlis Peguam dan ahli politik yang mereka-reka cerita dan menghina mahkamah.

“Selagi ia berterusan, saya akan terus bercakap dan cerita yang benar,” katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Tiada ulasan: