Ahad, 1 Februari 2015

Palanivel jelajah seluruh negara temui akar umbi MIC

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel bercadang untuk menemui pengerusi cawangan parti di seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai masalah parti yang dibangkitkan sejak Disember.
 
Menurut Naib Presiden parti, Datuk S Balakrishnan, jelajah itu dijadual bermula pada Ahad (hari ini) di Johor dengan Palanivel menemui pengerusi cawangan dan ahli bahagian negeri.
 
"Presiden membuat keputusan untuk menemui semua pengerusi cawangan untuk memberi taklimat mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Palanivel tidak akan turun padang untuk menyerang sesiapa. Tiada Pemuda, Wanita (sayap) dan samseng. Kami hanya akan menemui pengerusi cawangan.
 
"Beliau (Palanivel) akan mendapat maklum balas daripada peringkat bawahan dan akar umbi," kata beliau pada sidang media di sini semalam.
 
Balakrishnan berkata, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dan tiga Naib Presiden, Datuk S Sothinathan, Datuk M Saravanan dan beliau sendiri akan menyertai lawatan itu.

Tiada ulasan: