Isnin, 23 Februari 2015

Nurul Ilham hadir bersama penyokong di depan penjara

 
Turut berucap, aktivis anak muda, Adam Adli yang baru sahaja dibebaskan dari tahanan polis


bebas anwarPETALING JAYA: Hampir 100 penyokong setia Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan kempen candlelight vigil di hadapan Penjara Sungai Buloh, malam tadi.

Kempen soladariti itu turut dihadiri salah seorang anak Anwar, Nurul Ilham Anwar yang tampil berucap selepas 13 hari bapanya menjalani hukuman penjara.

Turut berucap, aktivis anak muda, Adam Adli yang baru sahaja dibebaskan dari pusat tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jinjang, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.15 pagi tadi selepas ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: