Jumaat, 20 Februari 2015

LAPORAN KHAS: 4 kaedah pantau kerja turapan jalan

Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Empat kaedah utama pemantauan turapan jalan ditetapkan kepada kontraktor yang dilantik Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Yang Di Pertua, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, pihaknya menjalankan ujian ketebalan jalan bagi memastikan kawasan yang diturap mengikut piawaian ditetapkan.
mohd azhar mohd ali mdkl
“Selain itu, ujian ‘Sieve Analysis’ juga dibuat untuk menentukan saiz batuan premix.

“Kita juga ada  ujian ‘Density’ untuk menentukan ketahanan turapan selain kawalan suhu dan jenis premix dilakukan di tapak ketika kerja berkenaan dilaksanakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagi tahun 2014,  MDKL membelanjakan RM25.3 juta termasuk peruntukan MARRIS untuk membaiki atau menurap 97 buah jalan meliputi keluasan 154,953 meter.
_MG_0208
Azhar berkata, terdapat 106 kontraktor yang terlibat dan dua kontraktor dikenakan tindakan denda (LAD) kerana lewat menyiapkan kerja.

“Kita juga menetapkan tempoh jaminan kerja turapan iaitu bermula enam bulan dari tarikh siap  bagi projek sebut harga jaminan.

“Projek membabitkan tender pula ditetapkan satu tahun dari tarikh siap,” katanya.
MBSA-Shahrin Ahmad
Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula memperuntukan RM78 juta pada tahun 2014 bagi menurap atau membaiki jalan di kawasan seliaannya meliputi 193,457 kilometer.

“Kontrak bagi kerja menurap dilakukan sama ada secara sebut harga atau tender,” kata Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad.

Beliau berkata, MBSA akan mengarahkan kontraktor menurap semula jalan sehingga mencapai piawaian ditetapkan jika mereka gagal dalam ujian ketebalan jalan.

“MBSA amat komited dalam memberikan mutu terbaik dan mempunyai unit jalan di bawah Jabatan Kejuruteraan untuk memantau jalan di kawasan kami,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: