Selasa, 24 Februari 2015

Hudud: DAP perlu hormat janji Pas


Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly Ahmad
 
 
SHAH ALAM - DAP perlu menghormati hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia adalah janji Pas Kelantan kepada rakyat di negeri itu sejak dahulu lagi.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Pas juga tidak perlu lagi menangguhkan pelaksanaan hukum hudud kerana ia telah mendapat sokongan semua pihak di sidang Dun Kelantan.

“Kalau ikutkan sudah lama sidang Dun Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah iaitu pada 1993.

“Jadi sekarang ini adalah masanya untuk kita laksanakannya. Perkara ini dijanjikan untuk rakyat Kelantan,” katanya.

Tiada ulasan: