Khamis, 26 Februari 2015

Bos NFC gagal lagi batal tuduhan pecah amanah

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pegawai Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sekali lagi gagal untuk membatalkan dua tuduhan pecah amanah terhadapnya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ia didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin.

Tahun lepas, Salleh gagal dalam percubaan pertama beliau untuk membatalkan pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan berkaitan dengan penggunaan dana untuk projek kontroversi Fidlot Nasional.

Projek NFC diuruskan oleh Salleh, yang merupakan suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan anak-anak mereka, dilanda skandal sejak kegagalannya didedahkan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara.

Salleh mempunyai peluang terakhir untuk merayu terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.

Tiada ulasan: