SHAH ALAM: Dramatis Zarina Zainuddin akhirnya mendedahkan identiti
suami yang dikahwininya 21 tahun lalu, sekaligus menamatkan tanda tanya
yang berlegar di minda peminat dunia seni selama ini.
Pendedahan yang dilakukan dalam satu majlis kenduri doa selamat di
kediamannya di Subang Jaya, 1 Januari lalu itu adalah kerana pelakon
berkenaan tidak sanggup lagi menyembunyikan gerangan suaminya, apatah
lagi pernah bertebaran cerita kurang enak sebelum ini.
Dalam majlis tersebut, Zarina, 44, turut memperkenalkan madunya, iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.
"Saya tidak mencari publisiti murah dengan mendedahkan identiti mereka
berdua di media massa. Niat saya untuk mengelakkan fitnah dan cerita
kurang elok tentang status saya selepas ini.
"Sebenarnya saya hanya berkahwin dengan seorang lelaki saja dalam hidup
iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar ketika berusia 22 tahun.
Hanya dia suami saya dunia akhirat," katanya yang dipetik sisipan
Pancaindera hari ini.
Zarina berkata, pada permulaan madunya agak kurang bersetuju apabila
dirinya menyuarakan hasrat untuk 'memperkenalkan' suami dan keluarga
besar mereka, namun wanita itu akhirnya memberi kebenaran selepas
beberapa kali berbincang.
Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat
cahaya mata iaitu kembar Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai,
Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan