Khamis, 15 Januari 2015

Zahid: Bantuan Paul Phua 'rahsia besar'

MALAYSIAKINI


 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Paul Phua kepada kerajaan kerana melibatkan “rahsia besar negara”.

“(Bentuk bantuan tidak boleh sewenang-wenangnya diuar-uarkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

"Bahkan maklumat-maklumat rasmi kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972," kata Zahid dalam kenyataannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) bukan satu surat surat sokongan.

Katanya surat tersebut menegaskan dua perkara:

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia.

"Paul Phua bukanlah ahli kepada kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Tiada ulasan: