KUALA LUMPUR: Dua orang wanita terkejut apabila mendapati salah seorang
daripada rakan kolej lelaki mereka yang dikenali selama enam tahun
telah merakamkan aksi mereka sedang mandi secara tersembunyi.
Insiden tersebut terbongkar selepas seorang daripada wanita tersebut
menemui sebatang pen yang merupakan kamera pengintip diletakkan di bilik
mandi rumah milik lelaki berkenaan di Sibu, Sarawak.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan dan Fong yang masing-masing
berusia 24 tahun memberitahu insiden tersebut berlaku ketika mereka
sedang bercuti di rumah lelaki berkenaan tahun lalu.
Tan berkata dia menjumpai sebatang pen hitam yang diletakkan dalam bekas berus gigi di tepi tingkap pada 28 Disember lalu.
"Saya sedang mandi, menggunakan air pancuran apabila tiba-tiba saya
ternampak pen berkenaan. Saya fikir agak pelik mengapa pen tersebut
berada dalam bilik mandi.
"Apabila saya membuka pen berkenaan saya mendapati terdapat kad sim
mikro di dalamnya!," katanya sambil menambah dia turut melihat terdapat
lensa kecil dibahagian klip pen berkenaan.
Dia kemudiannya, memberitahu perkara tersebut kepada Fong, dan mereka
turut menemui rakaman video aksi dia sedang mandi dalam kad memori
kamera pengintip tersebut.
Salah seorang daripada wanita itu kemudiannya bersemuka dengan suspek
selepas suspek bertanya apa yang berlaku kepada pen miliknya.
"Salah seorang daripada rakan saya, menumbuknya dan suspek hanya,
memohon maaf atas apa yang berlaku. Kemudiannya kami menemui, peranti
storan (storage device) dalam begnya. Dalam peranti tersebut terdapat
lima rakaman video yang merakamkan aksi lima orang rakan mereka sedang
mandi.
"Video tersebut dirakamkan beberapa tahun lalu ketika kami tinggal di
asrama," kata Fong di Pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA di
sini.
Ketua jabatan berkenaan, Datuk Seri Michael Chong berkata beliau
menerima tiga aduan yang sama melibatkan rakaman wanita sedang mandi
dengan kamera pengintip yang diletakkan di bilik mandi.
"Wanita perlu lebih berhati-hati dan melihat kepada benda-benda yang
mencurigakan seperti penyangkut baju, pen dan key chain. Saya
mencadangkan agar wanita membeli pengesan infra merah untuk mengesan
kamera tersembunyi kerana ia hanya berharga sekitar RM60," kata Chong.
Tan dan Fong sedang mengumpulkan maklumat dan mungkin akan mengambil
tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman selepas mereka membuat
laporan polis dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan