Wan Azizah Wan Ismail  
Wan Azizah Wan Ismail


KOTA BHARU - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini turut menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini di Wad 2 Delima Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Beliau yang tiba jam 9.40 pagi diiringi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir meluangkan  masa kira-kira sejam di wad berkenaan.

Kehadiran Wan Azizah disambut isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak yang turut menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu.