Sabtu, 17 Januari 2015

Umno Pulau Pinang tunggu keputusan kes muflis Khairuddin

THE MALAYSIAN INSIDER


 Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang masih tunggu keputusan Jawatankuasa Pengurusan Umno berhubung kes muflis dan disiplin Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang masih tunggu keputusan Jawatankuasa Pengurusan Umno berhubung kes muflis dan disiplin Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 


























Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang masih menunggu keputusan Jawatankuasa Pengurusan Umno berhubung kes muflis dan disiplin Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata maklumat berhubung kesahihan jawatan Khairuddin berikutan beliau didakwa diisytiharkan muflis pada 24 Mei tahun lepas disampaikan kepada Ibu Pejabat Umno.

Beliau berkata jawatan Khairuddin sebagai naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan kekal sehingga Jawatankuasa Pengurusan dan Ibu Pejabat Umno membuat keputusan.

"Umno Pulau Pinang akan akur dengan apa saja keputusan yang dibuat Ibu Pejabat Umno dalam kes sama ada bersangkutan dengan kes muflis atau kes disiplin jika beliau membuat perkara melanggar disiplin parti," katanya. Zainal Abidin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 peringkat negeri Pulau Pinang, di Bukit Mertajam, hari ini.

Mengenai kelulusan perancangan projek rumah mampu milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan JKP Sdn Bhd yang ditangguhkan kerajaan negeri, Zainal Abidin berharap isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin selepas perjumpaan dengan exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Jagdeep Singh Deo.

Menurutnya kira-kira lapan pelan perancangan dipinda manakala bagi pelan asal yang tidak dapat dipinda, pihaknya telah mengemukakan rayuan supaya ia dikekalkan.

"Ada kes tertentu melibatkan pelan asal yang mempunyai pembeli tetapi pelan itu tidak boleh dipinda kerana ia akan mengelirukan pembeli," katanya.

Tiada ulasan: