Sabtu, 10 Januari 2015

Tambah 11 kerusi DUN Sarawak, taktik kotor SPR bermula

Dewan-Undangan-Negeri-Sarawak

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menambah 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak jelas bermotifkan politik, kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, cadangan penambahan kerusi DUN tanpa peningkatan bilangan kerusi Parlimen merupakan petunjuk bagaimana SPR sekali lagi bertindak membelakangi prinsip demokrasi demi kepentingan pihak tertentu.

“Apakah rasional untuk menambah 11 kerusi DUN tetapi tidak menambah langsung kerusi Parlimen?”

“Jika peningkatan bilangan pengundi digunakan sebagai alasan untuk mewajarkannya, mengapa hujah tersebut tak terpakai bagi kerusi Parlimen?”

“Ini bukti jelas bahawa SPR tidak mematuhi prinsip­prinsip demokrasi tetapi tunduk kepada kepentingan politik untuk meratakan persempadanan semula Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri tahun depan (2016),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kian Ming, dengan tindakan terbaru ini, SPR sekali lagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bukanlah sebuah badan yang bebas, adil dan telus untuk melakukan persempadanan semula.

Pada 5 Januari lalu, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh menyatakan pihaknya mengesyorkan jumlah DUN Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi.

Beliau mendakwa, syor itu dibuat selaras pindaan undang­undang dalam Perlembagaan Negeri yang telah dikuatkuasakan pada 5 Disember tahun lalu.

Tambahnya Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian­Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak juga akan dipaparkan kepada awam di tempat­tempat seperti dinyatakan dalam Notis Persempadanan Semula bermula 5 Januari hingga 4 Februari 2015.

Mengulas lanjut, Kian Ming menegaskan sebab utama mengapa kerusi Parlimen tidak ditambah berikutan ia memerlukan pindaan perlembagaan di peringkat Parlimen, di mana BN tidak memiliki majoriti dua pertiga.

“Jika kerusi Parlimen baru dicadangkan, maka persempadanan semula seluruh Sarawak bakal tertangguh kerana ia mungkin tersekat di peringkat Parlimen,” tegas Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu. – ­Roketkini.com

Tiada ulasan: