Rabu, 14 Januari 2015

Suaram persoal kes kematian terbaru

MALAYSIAKINI



 
 
 
NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa polis mendedahkan sebab sebenar kematian seorang lelaki berusia 31 tahun semasa dalam tahanan reman di lokap polis Ayer Molek.

Koordinator program hak keadilan Suaram, Tarmizi Anuwar berkata, pasukan polis menyifatkan kematian tersebut sebagai kes “mati mengejut”, namun beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan itu.

“Mati mengejut” merupakan alasan yang “biasa” diberikan oleh polis untuk menjelaskan mengenai kes seperti kematian pada 8 Januari itu.

Tarmizi berkat, beliau merujuk kepada kenyataan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan.

"Suaram menggesa polis mendedahkan sebab sebenar kematian itu. Suaram masih melihat kes ini dengan serius,” katanya.

Suaram mengesan sebanyak 14 kes kematian dalam tahanan sepanjang tahun lalu yang sebanyak 111 kes sejak 2005.

"Namun sehingga kini, kerajaan masih belum menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC),” katanya.

Tiada ulasan: