Sabtu, 10 Januari 2015

SOP hadapi banjir besar enam bulan lagi

 
Ramalan kaji cuaca jua perlu lebih tepat dan awal supaya dapat memberikan maklumat awal.


najib-banjir1


PEKAN: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi banjir besar akan dirangka sebagai garis panduan dan dijangka dibentangkan pada
Kabinet dalam tempoh enam bulan.

Perdana Menteri memberitahu, SOP itu akan mencakupi pelbagai aspek termasuk penambahan aset, arahan dan kawalan, peralatan komunikasi, latihan simulasi, kaji cuaca dan bekalan elektrik.

Menurut beliau, SOP sedia ada hanyalah untuk menghadapi banjir biasa yang memerlukan SOP baharu dirangka bagi membolehkan kerajaan lebih bersedia daripada semua aspek termasuk alat bersesuaian untuk menghadapi banjir besar.

“Jika dalam soal ini ATM (Angkatan Tentera Malaysia) menjadi agensi utama maka ia akan dibekalkan dengan peralatan yang bersesuaian untuk hadapi bencana ini dan dalam masa yang sama aspek ramalan kaji cuaca jua perlu lebih tepat dan awal supaya dapat memberikan maklumat awal.

“Apabila tahu awal, kami juga boleh menempatkan anggota seperti tentera, bomba dan agensi lain lebih awal supaya apabila air naik kami mempunyai kemampuan yang lebih besar,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi Banjir Parlimen Pekan di Baitul Rahah di sini.

Tiada ulasan: