Sabtu, 24 Januari 2015

ROS minta surat presiden MIC

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak dakwaan MIC mengenai kepincangan dalam siasatan ke atas masalah yang timbul dalam pemilihan parti itu.

Pendaftar ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata ROS bersetuju untuk bertemu dengan Datuk G Kumar Aaman, namun tidak akan mengiktiraf beliau sebagai setiausaha agung MIC yang baru.

“Memandangkan pertikaian pemegang jawatan peringkat pusat MIC ini masih belum diselesaikan lagi seperti yang ditetapkan, (ROS) tidak dapat mengiktiraf beliau sebagai ahli CWC, yang dilantik sebagai setiausaha agung yang baru.

“Untuk tujuan tersebut, beliau telahpun diminta untuk kemukakan surat daripada presiden sebelum tarikh temujanji ditetapkan.

"Sehingga ke tarikh mogok ini diadakan, (ROS) masih lagi belum menerima surat tersebut,” kata Mohammad Razin dalam kenyataannya.

Mengulas lanjut, Mohamad Razin berkata dakwaan bahawa terdapat penyelewengan oleh pegawai siasatan ROS yang menjalankan kes tersebut adalah "tidak berasas sama sekali".

Katanya, pihaknya menjalankan siasatan dengan "sangat telus" selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 berasaskan fakta dan keterangan yang diperolehi dari semua pihak yang terlibat.

"(Ini) termasuk dari Jawatankuasa Pemilih yang terlibat dalam proses pengendalian pemilihan ini," katanya.

Tiada ulasan: