Sabtu, 17 Januari 2015

RM100,000 bantu mangsa banjir Kelantan & Pahang

Oleh: ASRI SAPFIE


KLANG : Sejumlah RM100,000 disasarkan bagi membantu mangsa banjir di Pahang dan Kelantan untuk meringankan bebanan ditanggung ekoran kerosakan dialami bencana terburuk .

Penaung Program Secubit Pemberian Segunung Kesyukuran, YAM Tengku Besar Putra Selangor Tengku Datuk Seri Ismail Shah Alhaj, berkata beliau melahirkan rasa terima kasih kepada semua penderma dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan misi ini.

Flag Off Bantuan Banjir Amazing Height oleh Tengku Dato' Sri Ismail (2)

Beliau berkata bantuan ini dapat mengurangkan penderitaan mangsa mangsa banjir yang terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan.

“Semoga semua mangsa tabah menghadapi dugaan ini,” kata beliau.

Beliau berharap bantuan seperti itu dapat diteruskan semua pihak agar mempunyai kesinambungan bantuan berterusan daripada masyarakat.

Ketua Misi Bantuan Banjir, Jalil Bujang, berkata bantuan kali kedua dihantar merupakan bantuan berskala lebih besar dengan penyertaan kira-kira 50 orang sukarelawan.

” Misi kali ini kita juga akan cuba membantu membersihan kawasan di sana bersama-sama dengan sukarelawan yang lain,” Kata beliau.

Bantuan itu terdiri daripada barangan keperluan dapur, tuala, selimut dan keperluan Solat bakal diagihkan di Kelantan dan Pahang iaitu di Pasir Mas dan Rantau Panjang serta di Pekan.

Flag Off Bantuan Banjir Amazing Height oleh Tengku Dato' Sri Ismail (4)“Kami mengharapkan supaya program ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mampu meringankan penderitaan mereka di sana,” kata beliau.

Pasukan konvoi yang terdiri daripada empat buah pacuan empat roda dan tiga buah lori bertolak dari Surau Al-Amin Sungai Udang, Klang dan upacara pelepasan dilakukan Tengku Datuk Seri Ismail.
EZY

Tiada ulasan: