Ahad, 4 Januari 2015

Ramanan: Presiden sendiri mahu MIC bungkus

MALAYSIAKINI



 
 
 
Bekas anggota jawatankuasa pusat MIC yang disingkirkan hari ini menyerang presiden parti itu G Palanivel yang didakwa membiarkan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pendaftarannya.

Ramanan berkata parti yang sudah berusia 68 tahun itu menghadapi risiko pembatalan pendaftaran kerana gagal memperbetulkan isu berkaitan pemilihan di beberapa bahagian dalam tempoh 30 hari seperti diarahkan ROS.

“Saya percaya ini agenda Palanivel untuk batalkan pendaftaran parti dan kemudian membentuk parti parti yang libatkan penyokongnya sahaja,” katanya.

Ketika ditanya, Ramanan berkata beliau mempunyai bukti dan sanggup mempertahankan dakwaannya di mahkamah.

“Saya seorang yang sangat lantang. Sebelum ini saya ada platform untuk bercakap dalam CWC (jawatankuasa kerja pusat), jadi tidaklah datang ke sidang media.

“Saya dilantik (ke dalam CWC) kerana saya berjuang untuk Palanivel.”

Ramanan berkata, beliau dikeluarkan daripada CWC kerana |menakutkan” presiden dengan menggesa pemilihan semula diadakan untuk kesemua kedudukan dalam sidang khas terkini MIC.

Ramanan sebelum ini dianggap sebagai sekutu Palanivel. Ramanan dilantik sebagai setiausaha agung pada 2013 sebelum berundur awal tahun ini ekoran terdapat kes mahkamah yang belum selesai.

Tiada ulasan: