Rabu, 7 Januari 2015

Ramanan dakwa terima arahan dari isteri Palanivel

MALAYSIAKINI


 


Pengkritik kepada Datuk Seri G Palanivel terus mengheret isteri presiden MIC itu ke dalam kemelut yang berlaku terhadap parti itu.

Menolak kenyataan Palanivel sebelum ini yang mengatakan bahawa isterinya R Kanagam tidak mencampuri urusan pentadbiran parti, bekas sekutu yang kini menjadi musuhnya Datuk R Ramanan mendakwa sebaliknya.

Ramanan mendakwa beliau sebelum ini mendapat arahan daripada isteri presiden parti itu berkaitan tugasannya memegang jawatan bendahari agung dan jawatankuasa kerja pusat (CWC).

Ramanan, yang mengakui sebelum ini menyokong Palanivel secara "membabi buta" sebelum beralih mengkritik keras, berkata beliau pernah mendapat arahan daripada Palanivel dan Kanagam.

Malah, Ramanan berkata sebelum ini beliau juga pernah menggelar Kanagam sebagai "presiden yang sebenar" kepada parti.

"Saya setia membabi buta. Apa sahaja arahan ketua saya yang diberikan kepada saya, saya ikut.

"Dan saya menerima arahan daripada dua orang - 'presiden' dan 'suaminya'," kata Ramanan secara menyindir.

Ramanan turut mendakwa kehadiran Kanagam semasa pemilihan MIC tahun lalu juga mengganggu keseluruhan proses pemilihan itu

Tiada ulasan: