Zamani (Slam) Zamani (Slam)
 
 
SETELAH beberapa hari kisah sahabatnya, Zamani menjadi buah mulut gara-gara penyebaran video menyanyi sambil tangan bergari, Shah Slam tampil berkongsi rahsia yang tidak diketahui ramai.

Melalui kemaskini status Facebooknya semalam‎, Shah dipetik berkata: "Mungkin ramai dah tahu satu keburukan dari diri Zamani, tapi tak ramai tahu 10 kebaikan diri dia.

"Banyak yang saya belajar dari sikapnya," tulisnya.

Menurutnyan Zamani mempunyai adab sopan yang tinggi serta sangat menghormati orang lain.

"Dia mempunyai adab dan sikap menghormati orang lain yang sangat tinggi dan sangat berhati-hati bila berbicara mengenai seseorang takut tersalah kata-kata.

"Walaupun di belakang orang itu. Salam Jumaat semua," katanya.

Sementara itu, media melaporkan Zamani tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pelaku yang menyebarkan video yang mengundang rasa marah orang ramai itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zamani maafkan penyebar rakaman]

Video berdurasi satu minit 23 saat tersebut menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak, sebaik ia tersebar menerusi laman sosial seperti blog dan Facebook.

Zamani ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 pagi, Rabu lepas.