MALAYSIAKINI
PKR menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi
penjelasan mengenai laporannya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat
untuk membebaskan seorang raja judi.
Tuntutan itu timbul selepas akhbar South China Morning Post menyiarkan surat didakwa ditandatangani oleh Ahmad Zahid
Surat itu didakwa menyatakan bahawa tauke judi tersebut, Paul Phua membantu Malaysia dalam soal “keselamatan negara”
"Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post asli dan benar?,” soal pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.
Phua yang dikenakan perintah tahanan rumah di Las Vegas, tempat
perbicaraan berlangsung, uga didakwa menganggotai kongsi gelap 14k
Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa.
Bagaimanapun, satu surat ditandatangani Ahmad Zahid kepada Biro Siasatan
Persekutuan (FBI) menyatakan bahawa Phua bukan seorang anggota dan
tidak mempunyai kaitan dengan 14k Triad.
"Tambahan pula, menurut rekod kami, Encik Phua banyak kali membantu
kerajaan Malaysia dalam projek yang menjejaskan keselamatan negara dan
seterusnya, kami terus meminta beliau membantu kami dan masa ke semasa,
maka kami ingin beliau kembali ke Malaysia,” surat itu dipetik.
Fahmi berkata beliau terkejut kerana Menteri Dalam Negeri sanggup
mengaku bahawa Phua yang sebelum ini ditahan di Macau dan diusir kerana
kegiatan perjudian membantu Malaysia dalam “projek” melibatkan
keselamatan negara.
"Apa yang dimaksudkan oleh Zahid apabila beliau berkata 'projek
melibatkan keselamatan negara'? Kenapa (Phua) terlibat?,” soalnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan