MALAYSIAKINI
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA mempersoalkan surat Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)
Amerika Syarikat bagi kes Paul Phua Wen Seng.
Dalam kenyataan medianya hari ini, PERKASA turut mempersoalkan kandungan
surat tersebut yang dilihat cuba membebaskan Phua, yang didakwa seorang
'raja judi', dengan pendekatan diplomatik.
Sehubungan itu, Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti PERKASA, Azrul Akmal Saharudin berkata, sekiranya benar Zahid (kanan) cuba untuk membebaskan Phua, ia merupakan pengkhianatan kepada keselamatan negara.
Ini kerana, katanya, perkara itu telah merosakkan integriti dan imej
baik negara yang selama ini dijaga oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
"Persoalan yang timbul hasil daripada apa yang difahamkan, adakah Zahid
sudah hilang integriti sehingga sanggup menulis surat berbentuk sokongan
untuk melepaskan seorang penjenayah yang didakwa di luar negara? ”
katanya.
"Perkara ini lebih besar kerana ia melibatkan unsur salah guna kuasa
serta mempunyai unsur rasuah dan yang paling jijik sekali, kedua-dua
unsur ini digunakan untuk melepaskan seorang penjenayah yang berpotensi
menjadi ancaman kepada negara yang disyaki terlibat dalam kegiatan
kongsi gelap serta perjudian antarabangsa.”
Sudah rujuk IGP?
Azrul berkata, PERKASA ingin mendapatkan penjelasan daripada Zahid sama
ada Ahli Parlimen Bagan Datoh itu memaklumkan kepada Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar terlebih dahulu sebelum menghantar surat
tersebut.
Beliau turut mempersoalkan sama ada isi kandungan surat itu diketahui Najib dan dirujuk kepada peguam negara terlebih dahulu.
"Ini adalah persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh Zahid untuk
merungkai persepsi negatif yang terbina di kalangan masyarakat.
“Atau, jika tidak, rakyat akan menghukumnya dengan persepsi-persepsi negatif ini," katanya lagi.
Kwong Wah Yit Poh melaporkan Zahid pada 3 Januari sebagai enggan mengulas perkara itu ketika ditanya pemberita di Putrajaya.
Katanya, beliau akan membuat sidang media berkaitan perkara itu pada masa yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan