Jumaat, 16 Januari 2015

Pekerja kilang, suri rumah ditahan Sosma

MALAYSIAKINI


 


Polis antikeganasan Bukit Aman menahan tiga suspek yang merancang untuk menyertai kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Suspek yang berumur 25 tahun bekerja sebagai operator kilang di Lembah Klang, suspek 29 tahun bekas penyelia kilang di Selangor manakala seorang lagi suri rumah.

"Ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun dan merupakan warganegara Malaysia yang diusir daripada Australia kerana menyalah guna Visa pelancongan," katanya.

Dalam kenyataannya lewat petang tadi, Khalid juga berkata, ketiga-tiga suspek disyaki terlibat merekrut dan menguruskan penghantaran tiga orang warganegara Malaysia ke Syria.

Ini dilakukan melalui sebuah negara ketiga sebelum ini, tambahnya.

Semua suspek ditahan selepas disyaki melakukan kesahan bawah Bab V1A Kanun Keseksaan berkaitan keganasan .

Mereka akan disiasat bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Tiada ulasan: