WUI bergerak ke Kelantan hari ini untuk program Cuci-Pulih-Iqra masjid dan surau di Kelantan. WUI bergerak ke Kelantan hari ini untuk program Cuci-Pulih-Iqra masjid dan surau di Kelantan.
 
 
SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) akan melancarkan program #KitakanIslam bagi mengimarahkan kembali masjid dan surau yang terjejas akibat banjir di Kelantan.
 
Bagi menjayakan program tersebut, Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) dan individu telah menyumbang al-Quran bernilai RM 1 juta kepada WUI untuk diagihkan di 582 masjid dan 2,000 surau di Kelantan.
 
Berslogankan ‘Buat Kerana ALLAH,’ Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WUI, Marhaini Yusoff berkata, 250 sukarelawan melibatkan NGO seperti Komuniti Cuci Masjid (CMC) dari Johor dan Klinik M165 akan bergerak ke Kelantan esok, dalam lima kumpulan. 
 
“Program itu dimulakan dengan proses mencuci masjid yang terpilih di Kota Bharu, Tumpat dan Kuala Krai. 
 
“Selepas itu. Ia akan disusuli dengan program menyeru masyarakat setempat untuk kembali mengimarahkan masjid dan surau," katanya.
 
WUI tidak memfokus kepada aktiviti bantuan  berupa makanan dan pakaian kerana pihaknya percaya proses pemulihan di Kelantan perlu juga diiringi dengan bantuan pemulihan secara spiritual.