Selasa, 20 Januari 2015

Najib: M'sia tak alami kegawatan

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa negara tidak mengalami kegawatan ekonomi.

"Kita bukan dalam krisis seperti 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti 2009 lalu sehingga pakej stimulus terpaksa dilakukan.

"Strategi adalah langkah proakftif untuk penyesuaian berikutan faktor luaran yang luar kawalan, ini reality check cekoran perubahan harga mnyak dunia.

Katanya, kerajaan akan tetap membelanjakan RM48.5 bilion untuk pembangunan, seperti diperutukkan dalam bajet 2015.

Ia termasuk projek berimpak tinggi seperti lebuh raya pan-Borneo, MRT, jajaran kedua LRT dan rel kelajuan tinggi ke Singapura.

Selain itu, projek pembangunan termasuk perumahan rakyat dan infrastruktur seperti tebatan banjir, bekalan air elektrik akan diteruskan.

"Dan pada masa yang sama, kita mahu memastikan pembangunan negara dan kebajikan sosioekonomi rakyat terus menjadi tumpuan utama kerajaan.

"Malah, pada Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020," katanya.

Tegasnya, tindakan kerajaan itu bersifat proaktif kerana kerajaan berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan operasi dan mengekalkan perbelanjaan pembangunan dalam unjuran semakan semula bajet tersebut.

Beliau menegaskan bahawa kejatuhan harga minyak dunia itu di luar kawalan kerajaan persekutuan.

Kerajaan membentangkan Bajet 2015 tahun lalu berdasarkan anggapan bahawa harga minyak mentah dunia kekal pada tahap US$100 setong.

Harga berkenaan jika merosot lebih separuh daripada tahap tersebut.

Oleh itu, kerajaan melakukan penyesuaian selaras dengan paras harga asas minyak yang kini pada US$48 kerana Bajet 2015 tidak lagi realistik, katanya.

Tiada ulasan: