Rabu, 7 Januari 2015

Najib dan Rosmah membeli belah, main golf di Thailand

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR :  Akhbar Thailand, The Bangkok Post melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri membeli belah dan bermain golf ketika lawatan peribadi ke negara jiran itu minggu lalu.

Laporan tersebut memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib di Thailand, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.

Menurut sumber tersebut, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor “pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap di hotel Shangri-La” semasa lawatan ke Thailand pada 2 Januari.

Malaysiakini yang turut memetik akhbar itu melaporkan, Najib bagaimanapun membuat “perbincangan tidak rasmi” dengan Prayut selama 90 minit di kediaman jeneral terbabit.

“Perdana menteri Malaysia terpaksa menulis twit bahawa beliau makan tengahari dengan Jeneral Prayut untuk menyatakan perhargaan kepada Thailad kerana menderma 500 tan beras untuk membantu mangsa banjir Malaysia dan bertukar pandangan mengenai penyelesaian masalah banjir dan pemulihan.

“Ini dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan kritikan mengenai kunjungannya.

“Thailand tidak mendedahkan berita mengenai kunjungannya ini kerana ingin menjaga tertib memandangkan beliau bercuti di sini,” kata sumber tersebut seperti dikutip The Bangkok Post.

Tiada ulasan: