Jumaat, 9 Januari 2015

MIC arah tutup mulut, Pemuda jawab 'tak sah'

MALAYSIAKINI


 


Pergeseran dalaman MIC berlarutan apabila setiausaha agung MIC yang baru dilantik G Kumar Aamaan menghantar surat kepada sayap Pemuda supaya tidak mengeluarkan kenyataan media yang memberikan imej negatif kepada parti itu.

Dalam surat terhadap ketuanya C Sivarraajh, Kumar memaklumkan supaya Pemuda MIC tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan berkaitan parti atau presidennya, berkuat kuasa serta merta.

Pemuda MIC bagaimanapun menolak arahan itu dan menghantar sepucuk lagi surat kepada ibu pejabat parti itu, dengan menganggap pemilihan Kumar sebagai setiausaha agung baru-baru ini, tidak sah.

“Terdapat arahan daripada Pendafar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula dan kedudukan kesemua 23 jawatankuasa kerja pusat (CWC) tidak sah dan setiausaha agung harus dilantik daripada anggota CWC.

“Justeru itu apa yang dikatakannya, malah kedudukan Kumar sendiri tidak sah,” kata setiausaha sayap itu K Arvind Krishnan kepada Malaysiakini.

Arvind berkata, arahan tutup mulut itu dibuat selepas beberapa laporan memetik Pemuda MIC dilaporkan di kebanyakan akhbar Tamil, yang memetik presiden dan parti itu.

Tiada ulasan: