Khamis, 8 Januari 2015

Menteri akui harga barang naik

 
Tindakan perundangan akan dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga barang secara melampau.


price spikePUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek hari ini tidak menafikan berlakunya kenaikan harga barang ekoran banjir yang melanda sesetengah negeri baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya mengamalkan pemasaran secara terbuka dan sebagai agensi kerajaan kementeriannya tidak boleh menetapkan harga barang sesuka hati kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.

“Saya sendiri turun ke Kelantan ada dakwaan mengatakan harga ayam naik RM30 ringgit sekilo, telur 1 biji RM1 ringgit, sebenarnya dakwaan itu tidak benar.

“Mungkin ada satu dua tempat berlaku kenaikan harga barang ekoran terputus hubungan, tetapi secara umumnya tidak ada kenaikan harga barangan. Kalau ada kenaikan, mungkin ianya merupakan kenaikan yang setimpal,” katanya kepada pemberita di kementerianya hari ini.

Sehubungan itu, Hassan berkata pihak KPDNKK akan mengadakan Ops Pasca Banjir bagi mengambil tindakan kepada peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan terutamanya di negeri-negeri yang dilanda banjir.

“Kalau berlaku kenaikan harga barang kita akan ambil tindakan perundangan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, saya tidak mahu rakyat diseksa semasa mereka dalam kesusahan.
“Jika perniaga didapati bersalah mereka juga boleh didenda RM200 hingga RM500,” katanya.

Beliau mengakui kekurangan keangotaan KPDNKK di seluruh negara sebagai salah satu kekangan untuk melakukan operasi secara menyeluruh.

Menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkaitan harga minyak, beliau berkata kementeriannya akan mengadakan perbincangan terperinci sebelum memgumumkan keputusan kepada media berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi bagi memastikan setiap keputusan akan memuaskan kedua-dua pihak.

Rafizi telah berkali-kali menggesa kerajaan supaya penetapan harga minyak dilakukan setiap minggu berdasarkan kononnya sistem penetapan harga minyak yang dilakukan sekarang merugikan pengusaha minyak sehingga boleh menyebabkan mereka gulung tikar.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Menteri salah dengar tk?
DiKlantan waktu bnjir dn salepas Najib tiba dri Hwaii,harga ayam RM 1 saekor,dn telor hnya sen 1 sabiji.
Ayam mampus sejok dn telor kecut terendam.