Oleh Sonia Ramachandran
Walau
bagaimanapun, persoalan timbul sama ada tindakan menampal atau
mencetak gambar-gambar sendiri pada "bantuan" itu, adalah beretika?
Soalan ini timbul selepas beg-beg beras yang diagihkan kepada mangsa banjir yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah tersebar di talian.
Ahli
Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut menerima kritikan
apabila gambar beg-beg beras untuk mangsa banjir telah diedarkan dalam
talian, dan didapati memaparkan perkataan 'Datuk Lan, Ahli Parlimen
Machang’, bersama-sama dengan logo BN dan 1Malaysia.
Ahli sains politik, Dr Wong Chin Huat memberitahu Semut Harian bahawa terdapat dua persoalan yang perlu diteliti.
Pertama, beliau bertanya jika gambar-gambar pada beg ini adalah suatu keutamaan?
"Adakah
ia benar-benar telah membantu kerja-kerja bantuan, atau
melambatkannya? Ia jelas telah menjejaskannya. Setiap minit yang
digunakan untuk 'menampal' label itu adalah satu minit yang dibazirkan
dalam tiba ke mangsa-mangsa banjir.
"Perdana
Menteri nampaknya tidak meletakkan keutamaan beliau dengan betul.
Lihatlah kekecohan golf itu. Mengapakah beliau tidak dia kembali
serta-merta selepas acara 'diplomasi golf' beliau? Kenapa dia berbuat
demikian hanya selepas rakyat marah dengannya? Beliau kelihatan seperti
tidak memahami politik," kata Wong.
Wong
merujuk kepada sesi golf Najib bersama Presiden Amerika Syarikat
Barack Obama di Hawaii, yang menyebabkan beliau menerima kemarahan
rakyat Malaysia di media sosial, yang mempersoalkan masa lawatan beliau
sewaktu salah satu banjir terburuk yang pernah melanda negara ini
sedang berlaku.
Najib telah
dilaporkan berkata yang sesi golf itu telah dirancang lebih awal dan ia
dipanggil "diplomasi golf", yang katanya telah diamalkan oleh
pemimpin-pemimpin Malaysia masa lalu, termasuk bapanya Allahyarham Tun
Abdul Razak.
Wong berkata, isu kedua ialah kos yang terlibat dalam tindakan mempromosi diri sendiri itu.
“Jika
Perdana Menteri mahu mempromosikan dirinya sekalipun semasa tidak ada
bencana, beliau perlu berbuat demikian dengan wangnya sendiri. Tidak
ada sebab bagi seorang bos membayar supaya pekerjanya dapat
bermegah-megah.
"Untuk
menteri-menteri yang mempertahankan beliau, soalan yang perlu ditanya
sekarang ialah berapa banyak dana yang digunakan bagi 'menampal' beg-beg
beras dengan wajah Perdana Menteri, apabila semua itu sepatutnya
disalurkan ke dalam usaha-usaha bantuan," kata Wong.
Malaysiakini
memetik Ismail Sabri sebagai berkata bahawa tidak mengapa jika rakyat
mengecam beg-beg beras yang menayangkan wajah Najib itu, selagi bantuan
itu sampai kepada mangsa.
Laporan
Malaysiakini menyatakan yang gambar-gambar beg beras dengan wajah Najib
dan Ismail Sabri itu pertama kali disiarkan dalam talian oleh penulis
blog pro-Umno, Syed Akhbar Ali dalam blognya, “Out Syed The Box”.
Syed
Akhbar dilaporkan mendakwa bahawa pekerja-pekerja tambahan telah
diupah untuk menampal gambar Najib pada bekalan-bekalan yang disediakan
oleh Kementerian Pertanian.
Beliau
menambah bahawa beliau telah mendapat gambar itu dari salah seorang
daripada mereka yang telah diupah, dan bekalan itu tidak akan diagihkan
kepada mangsa-mangsa sehingga gambar-gambar ini ditampal.
Dalam
kes Ahmad Jazlan, beliau dilaporkan berkata yang beg-beg beras yang
dicetak dengan mukanya adalah baki kempen pilihan raya umum ke-13, dan
adalah tidak benar bahawa beras-beras ini dipindahkan daripada bekas
asalnya kepada pakej 'berjenama BN'.
“Apabila
bencana melanda dan terdapat kekurangan bekalan bantuan, saya
mengeluarkan 500 beg simpanan saya untuk diagihkan dengan segera.
"Ini bukan masa berpolitik. Ini adalah misi kemanusiaan," Ahmad Jazlan telah dipetik sebagai berkata.
Adakah
ini bermakna yang pemberian beg-beg beras yang memaparkan wajah anda
di atasnya sewaktu pilihan raya umum, bukannya satu kesalahan?
Dalam hal Najib dan Ismail Sabri, adakah ini masa untuk promosi apabila ada yang menderita tanpa makanan, elektrik dan air?
Ismail
Sabri mungkin berkata yang ia tidak penting, tetapi kepada orang-orang
yang menerima bantuan dan lain-lain di negara ini, ia menimbulkan
persoalan.
Dana kerajaan adalah wang
rakyat dan jika dana tersebut digunakan untuk tujuan begitu apabila ia
seharusnya disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir, orang ramai
pasti akan naik marah.
Ya, apa yang
penting ialah bantuan itu sampai kepada mangsa-mangsa, tetapi tindakan
membuang masa untuk "mencetak" atau "menampal" gambar-gambar bagi
tujuan publisiti, adalah kurang wajar.
Ini adalah masanya bagi pemimpin-pemimpin untuk memimpin dan membantu, bukannya untuk berpolitik.
Malah, tindakan seperti ini mungkin mempunyai kesan yang sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan