Sabtu, 24 Januari 2015

MB: Siap sedia cabaran GST terhadap industri hartanah

SELANGOR KINI


IJOK: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April merupakan cabaran baru yang memberi kesan kepada industri hartanah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Selangor bersiap sedia menghadapi ekonomi tidak menentu dengan memberi fokus pembangunan menjana aktiviti ekonomi.
Pecah Tanah di Kota Puteri Ijok-MB (13)
Katanya, golongan berpendapatan rendah dan menengah tidak diabaikan dengan dasar peduli rakyat bagi menjamin kebajikan.

“Langkah penjimatan dan belanja berhemah terus diperketat berteraskan prinsip pentadbiran baik,” kata Mohamed Azmin.

Beliau mahu pemaju swasta turut sama dalam agenda Kerajaan Negeri untuk pembangunan 15,000 unit RMM bagi tempoh tiga tahun.
Katanya, pelbagai insentif disediakan termasuk diskaun premium tanah turun daripada 25 peratus kepada 10 peratus serta pengecualian caj pemajuan.

“Dalam kajian untuk mempermudahkan golongan muda memiliki rumah menerusi konsep sewa beli diamal negara maju,” katanya.EZY

Tiada ulasan: