Ahad, 18 Januari 2015

'Mana komen Lim tentang lantikan isterinya?'

MALAYSIAKINI


 


Media arus perdana didakwa bersikap berat sebelah dalam laporan berkaitan pelantikan isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).

Setiausaha akhbar Lim, Cheong Yin Fan, berkata media arus perdana terus melancarkan “serangan politik BN” terhadap Lim tanpa memuatkan ulasan majikan beliau itu.

Isteri Lim, Betty Chew, bagaimanapun menolak pencalonan PCCC untuk mengetuai jawatankuasa perkhidmatan harta tanah.

Lim kemudian menjelaskan isu konflik kepentingan sama sekali tidak timbul kerana Chew menolak jawatan itu.

“Walaupun media arus perdana mempunyai hak untuk melakukannya termasuk mengambil pendekatan memihak, mereka malangnya gagal berlaku adil dengan mencetak penjelasan penuh ketua menteri,” kata Cheong dalam kenyataannya hari ini.

Tiada ulasan: