Rabu, 14 Januari 2015

Lebih 50% pemutihan kilang haram dilaksana Kerajaan Negeri sejak 2008

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor berjaya melaksanakan lebih 50 peratus pemutihan kilang tanpa kebenaran di seluruh negeri sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah, pada tahun 2008.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, usaha itu dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui beberapa dasar dan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Pejabat Daerah dan Tanah.

Katanya, sehingga kini 3,040 lot tanah kilang tanpa kebenaran dikenal pasti di seluruh daerah Selangor dengan bilangan permohonan bagi menukar syarat tanah adalah 1,197 permohonan.
kilang haram sg buloh 01
“Kerajaan Negeri berhasrat membantu pengilang supaya memutihkan kilang mereka dengan pelaksanaan beberapa dasar seperti diskaun ke atas premium sebanyak 50 peratus dan memberi kelonggaran ke atas pelan pembangunan.

“Jika didapati masih terdapat kilang yang beroperasi secara haram, maka tindakan akan diambil pejabat daerah atas kesalahan guna tanah, manakala untuk PBT pula atas kesalahan tiada pelan bangunan di bawah Akta Perancangan Tempatan,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas lanjut, Ean berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang sasaran berhubung pemutihan kilang haram bagi tahun 2015, namun menegaskan akan berusaha menyelesaikan masalah berkenaan.

ean“Susah untuk menentukan sasaran kerana setiap kilang mempunyai isu sendiri, jadi kita akan selesaikan satu demi satu sebanyak yang boleh kerana itu adalah cara terbaik,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan.

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Daerah seluruh ngeri itu sehingga Disember 2014, sebanyak 1000 permohonan tukar syarat kilang sudah diluluskan dan daerah Petaling mencatat angka tertinggi iaitu 686 kilang.

Daerah Klang pula memperoleh 55 kelulusan permohonan tukar syarat, Hulu Langat (158), Kuala Langat (71), Gombak (19), Kuala Selangor (5), Hulu Selangor (5), Sepang (1), manakala tiada permohonan dari Sabak Bernam.-NFN-

Tiada ulasan: