Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu 2015
: Azilah dan Sirul Azhar Sah Bersalah! Tersenarai Bersama Kes
Mustakizah, Norita, Hasleza : Selepas bertahun-tahun kes mahkamah cukup
berprofil tinggi tergantung sehingg di bawa ke Mahkamah Perseketuan
untuk diadili oleh atas pentas yang dinamakan “mencari keadilan”
akhirnya Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar
“terbukti bersalah” membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu oleh
kalangan 5 panel hakim di mahkamah yang tertinggi di Malaysia Mahkamah
Persekutuan dan bakal menjalani hukuman gantung sampai mati.
Persoalan Disebalik Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu?
Ya, Muktamad…Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar “disahkan” telah membunuh Altantuya Shaariibuu
- Apa sebab dan motif dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006? Entah……
- Siapa yang arah dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu sebenarnya? Entah….
- Macam mana dua bekas komando polis boleh menggunakan C4 untuk meletupkan Altantuya Shaariibuu? Entah…..
Kes Altantuya Shaariibuu ini mendapat
perhatian dunia, media antarabangsa dan rakyat Malaysia apabila
menyimpan seribu macam misteri yang “masih lagi tersimpul rapi”
menantikan masa dan ketikanya untuk dirungkaikan.
BACA SINI : Malaysia "Pakar Perangi Rasuah"? Tahniah…Sila Buka Semula
Skandal Scorpene & Kes Altantuya!!
Senarai Kes Pembunuhan di Malaysia Yang Berprofil Tinggi & Cukup Misteri?
Yang pastinya kes pembunuhan Altantuya
Shaariibuu ini akan meletakkan jenayah berprofil tinggi ini sebaris
dengan kes jenayah yang cukup terkenal antaranya :
- Kes Pembunuhan Mustakizah Jaafar
- Kes Pembunuhan Norita Samsudin
- Kes Pembunuhan Hasleza Ishak
- Terkini, Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu
Setelah 9 tahun berlalu, rakyat Malaysia
dipertonton satu karya “drama yang cukup agung yang bertema jenayah”
sehingga menerbitkan seribu macam teori, pandangan, fakta-fakta yang
berbangkit daripada pelbagai pihak dan kumpulan masyarakat disebalik kes
pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini.
Jikalau dibawa kes Altantuya Shaariibuu ini ke luar negara, kita akan melihat lahirnya hikayat moden seperti mana kes pembunuhan
Kita sedang melihat kelahiran sebuah
hikayat moden – agak sama dengan pembunuhan bekas Presiden Amerika
Syarikat, John F. Kennedy yang begitu mengejutkan dunia sehingga
akhirnya telah meletusnya perdebatan dan perkongsian pandangan serta
kontroversi baik dari rakyat Amerika sendiri, penduduk seluruh dunia dan
juga rakyat malaysia sendiri.
Sehingga ke hari ini, kes pembunuhan
John F. Kennedy (JFK) terus menjadi misteri dan terus tercari-cari
kebenaran kerana begitu banyak persoalan yang belum terungkai sehingga
membuat rakyat-rakyat di seluruh dunia tertanya-tanya sehingga ke hari
ini.
“Drama” Kes pembunuhan Altantuya
Shaariibuu baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, 13 Januari 2014
selepas menempuh cabaran yang cukup panjang untuk menyudahkan episod
yang cukup berliku ini.
Bakal terbit satu lagi cerita lagenda yang akan
dikenang rakyat Malaysia bermula hari ini sehingga ke tempoh yang tidak
diketahui sampai bila untuk dibawa persoalan-persoalan yang masih belum
terungkai sehingga ke hari ini, “siapa mastermind”, atas sebab apa
dibunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan