Sabtu, 17 Januari 2015

Kes 'Komunis' Mat Sabu Ditunda 26 Feb

RAKYATNEWS


alt


 

BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menangguhkan perbicaraan kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada 26 Februari depan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu berikutan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi terakhir, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim untuk memberi keterangan.

Mat Sabu hadir peguam belanya Mohamed Hanipa Maidin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Defendan didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap anddota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan tohmahan yang merosakkan nama baik mereka.

Mat Sabu dikatakan membuat kenyataan tersebut dalam ceramah di Pasti Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor pada Ogos 2011.

Beliau turut berhadapan tuduhan fitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Kes dibicarakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani.

Tiada ulasan: