Selasa, 6 Januari 2015

Kenapa tiba-tiba Najib bagi tahu dia dihidapi e-coli?




Oleh Mohd Sayuti Omar


Jarang rahsia kesihatan orang-orang besar didedahkan kepada umum. Soal kesihatan merupakan soal peribadi dan rahsia besar kepada seseorang apa lagi orang bernama pemimpin. Lantaran itu masalah atau kesihatan seseorang pemimpin tidak mudah didedahkan kepada umum.

Kesihatan seseorang pemimpin boleh mempengaruhi pentadbirannya. Misalnya kalau orang tahu seseorang pemimpin itu sakit menyebabkan orang meragui akan kelincinan pentadbirannya atau boleh menganggui pentadbirannya.
 
Berbeza dengan apa yang berlaku kepada Perdana Menteri Najib Razak yang dijangkit bakteria e-coli didedahkan kepada umum. Kenapa sangat mudah untuk Najib menghebahkan penyakit dialaminya. Katanya menurut doktor dia dihinggap bakteria e-coli dan diminta berihat.

Najib dikatakan terkena jangkitan itu ketika melawat mangsa banjir. Semasa beliau bermain golf dengan Barack Obama di Hawaii, dia sihat-sihat sahaja. Mungkin kawasan padang golf itu sudah disembur dengan racun mengawal sebarang bakteria di situ.

Saya terperasan semasa melawat banjir di Kelantan dan ketika bercakap dengan wartawan hidung Najib sudah "berdohong" (tersumbat) kerana selesema. Ertinya Najib menghidap selesema semasa di luar negara bukan sewaktu melawat atau akibat melawat banjir.

Boleh jadi juga kerana dia selesema maka mudah dijangkit bakteria e-coli yang salah satunya berpunca daripada najis manusia. Apakah semasa melawat mangsa banjir di Kuala Krai dan Gua Musang Najib ada terpijak najis? Dan apakah semasa mengharung air dia tidak memakai kasut (boot)?

Mungkin juga keadaan kesihatan Najib (disebabkan terkena kuman najis itu), tidak seberapa, ia biasa-biasa sahaja. Kerana itu ia diwar-warkan kepada umum. Kerana kalau penyakit itu serius sudah tentu ia akan dirahsiakan. Saya juga selepas menjelajah ke kawasan banjir hidung jadi "berdohong" dan batuk-batuk, tidak pun menceritakan dalam facebook atau pun twiter.

Adapun kenapa Najib menghebahkan mengenai kesihatan dirinya dihidapi bakteria itu mungkin nak menunjukkan kepada umum betapa prihatinnya beliau kepada rakyat. Bahawa dia sanggup menggadaikan kesihatannya demi rakyat? Walaupun dalam suasana banjir  boleh mendatang pelbagai penyakit tetapi beliau tetap kunjungi juga. Najib tidak mempedulikan penyakit tetapi mendahului rakyat. Ewah...

Apakah apabila isterinya Siti Rosmah Mansor tidak kelihatan melawat mangsa banjir di mana-mana boleh dikatakan isteri perdana menteri itu sangat menjaga kesihatannya dan tidak sedia untuk mengharungi banjir? Begitukah?

Jadi apabila Najib menghebahkan yang dia sakit kerana menziarahi rakyat maka markah politiknya naik sedikitlah. Orang akan simpati kepada Najib dengan apa dihadapi itu. Perasaan hendak marah kepadanya kerana sewaktu banjir "berbobok" naik dalam negeri, Najib enak-enak bermain golf dengan Obama.. akan reda apabila dapat tahu Najib sakit.

Saya kata penyakit e-coli itu bukan serius sahaja. Kalau serius dan boleh membawa maut atau mengalami sindrom serius Najib tidak akan menulis dalam twiternya. Dia akan diamkan sahaja apa dialaminya seperti mana dia merahsiakan satu penyakit yang dihidapinya selama ini. Tetapi kerana apa dihidapi Najib itu hanya seperti selesema sahaja maka itulah dia sedia menghebahkannya.

Kesimpulannya hebahan Najib yang dia sakit adalah untuk memberi tahu rakyat dia berkerja untuk rakyat sehinggakan sanggup meletakkan dirinya kandati dalam keadaan bahaya demi rakyat? Begitulah orang politik.http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: