Ahad, 4 Januari 2015

Kempen kibar bendera Wilayah Persekutuan bermula hari ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melancarkan 'Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan' dan 'KL Car Free Morning 2015'.
 
Tengku Adnan berkata kempen Kibar Bendera Wilayah Pesekutuan selama sebulan itu diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 pada 1 Februari ini dan bertujuan menyemarakkan semangat cintakan wilayah tersebut.
 
"Bagaimapun sambutan Hari Wilayah Pesekutuan kali ini tidak diadakan secara berlebihan dan pembaziran kerana kita sedar negara sedang hadapi kesusahan khususnya di kawasan yang dilandar banjir," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.
 
Sementara itu, beliau berkata Program 'KL Car Free Morning' yang masuk tahun kedua pelaksanaannya akan diadakan dua kali sebulan iaitu pada Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan mulai tahun ini berbanding hanya pada Ahad minggu pertama pada tahun lepas.
 
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dalam usaha untuk membina laluan basikal tambahan di bandar raya ini.
 
"Kita akan sediakan laluan berbasikal di dalam kawasan bandar pula iaitu di sekitar Jalan Raja Laut dan Bukit Bintang kerana kita sedar orang ramai sudah mula berkayuh dalam bandar," katanya.

Tiada ulasan: