Hussamuddin (kanan) ketika menyampaikan ucapan di Majlis Bicara Hati Bersama Ngo dan Sukarelawan Pasca Banjir di Pejabat Sinar Harian hari ini. FOTO: KHIRU SHALEH ABDULLAH Hussamuddin (kanan) ketika menyampaikan ucapan di Majlis Bicara Hati Bersama Ngo dan Sukarelawan Pasca Banjir di Pejabat Sinar Harian hari ini. FOTO: KHIRU SHALEH ABDULLAH
 
 
KOTA BHARU - Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) sasar untuk mewujudkan 500 rumah ngaji di Kelantan.

Pengerusinya, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, semangat ini perlu diwujudkan bagi melahirkan generasi celik Al-Quran.

"Kempen ini bukan untuk berpolitik tetapi sebagai kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

"Kita percaya matlamat kempen #KitakanIslam akan berjaya mencapai matlamat seperti yang disasarkan,"katanya.

Beliau berkata demikian pada di Majlis Bicara Hati Bersama Ngo dan Sukarelawan Pasca Banjir di Pejabat Sinar Harian, hari ini.

Beliau turut menggesa agar fahaman politik diketepikan dalam kempen ini bagi melancarkan usaha murni ini.

“Ketepikan fahaman politik dalam kempen ini sebab kita nak bantu orang Islam pandai mengaji dan dapat mengaplikasikan apa yang dibaca dalam Al-Quran dalam kehidupan,"katanya.