MALAYSIAKINI
Jet kerajaan yang digunakan untuk membawa Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS) ditinggalkan di negara itu
selepas mengalami isu teknikal.
Ia tidak ditinggalkan untuk kegunaan keluarga perdana menteri atau dibawa ke tempat lain seperti dilaporkan sebelum ini.
“Pesawat itu tidak ditinggalkan untuk digunakan oleh anggota keluarga PM.
“Ia juga tidak berada di Indianapolis,” menurut reaksi pegawai kanan di
Jabatan Perdana Menteri (JPM), seperti disiarkan oleh tokoh wartawan
Datuk A Kadir Jasin.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu menyiarkannya di
ruangan komen pada blog seorang lagi pemimpin media eranya Tan Sri
Zainuddin Maidin, yang terus mengulas berhubung isu 'diplomasi golf'
Najib.
Penjelasan JPM juga menyebut bahawa perdana menteri pulang bersama
pesawat komersial melalui Hong Hong sebelum diambil oleh pasukan tentera
udara dan dibawa terus ke Kota Bharu.
Kadir berkata, jawapan di atas diperoleh selepas menghantar SMS kepada pegawai perdana menteri.
'Seperti misteri MH370'
Bagaimanapun, penjelasan itu nampaknya seperti tidak memuaskan hati Kadir.
“Rosak atau flight plan-nya sudah diluluskan yang menunjukkan ia akan terbang ke tanah besar AS selepas Hawaii?
“Kalau isteri PM tak guna pesawat itu, macam mana ia dikesan dari AS hingga Bangkok?” soalnya,
Beliau juga menyifatkan persoalan berhubung pesawat itu seperti “misteri MH370” yang hilang sebelum ini.
“Nampak macam ada pihak yang cuba putar belit hakikat,” tulis Kadir (kiri) lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan