Dr Mohamad Ali Hassan.
"Mereka (SPAD) sepatutnya memastikan kesemua
pihak mendapat manfaatnya, tetapi dalam kes ini saya lihat ibu bapa yang
akhirnya menjadi mangsa keadaan," katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai tindakan
penamatan skim penggantungan bas sekolah baru-baru ini, beliau berkata,
skim bantuan tersebut sepatutnya diteruskan sejajar dengan usaha SPAD
demi memastikan industri bas sekolah yang mapan.
"SPAD harus tunaikan janji mereka untuk bantu
pengusaha bas sekolah agar industri ini terus mapan. Malah mereka juga
boleh berbincang dengan industri perbankan untuk mencari jalan
penyelesaian kepada perkara tersebut," katanya.
Beliau berkata, tindakan tersebut dilihat mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah keruh ketika ini.
"Dengan pelbagai masalah yang timbul ini
sedikit sebanyak menjejaskan imej SPAD sekali gus menimbulkan rasa
sangsi di kalangan orang ramai mengenai fungsi sebenar suruhanjaya itu,"
katanya.
Baru-baru ini, mStar Online melaporkan SPAD menamatkan Skim Penggantian Bas Sekolah berkuat kuasa 31 Disember lalu.
Tindakan tersebut menimbulkan rasa tidak puas
hati dikalangan pengusaha bas sekolah memandangkan ia akan memberi kesan
kepada kira-kira 5,000 pengusaha yang memiliki bas sekolah berusia
melebihi usia 25 tahun.
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah
Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, berikutan penamatan skim
itu, dikhuatiri 500,000 pelajar di seluruh negara yang menggunakan
perkhidmatan bas sekolah akan berhadapan masalah untuk pergi dan balik
dari sekolah.
"Jika tiada sistem baharu menggantikan skim
pinjaman tersebut, kira-kira 500,000 pelajar yang menggunakan
perkhidmatan tersebut akan terjejas," katanya.
Sementara itu, Mohamad Ali turut mengulangi
cadangannya agar setiap sekolah mengikut jejak langkah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina yang melantik syarikat bas sekolah tertentu untuk
beroperasi di sekolah masing-masing bagi mengelak lebih banyak masalah
timbul pada masa hadapan.
"Soal perlaksanaan sistem ini boleh
dibincangkan menerusi mesyuarat PIBG di sekolah masing-masing. Saya rasa
ia tidak jadi masalah kerana sistem tersebut telah digunapakai di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebelum ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan