MALAYSIAKINI
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata peletakan jawatan isterinya
Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri sebelum ini bukan kerana
tekanan dalaman BN.
Sebaliknya, kata pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn
Bhd (NFC) itu, serangan PKR menjadi penyebab utama Sharizat berundur.
Beliau menjawab "tidak setuju" apabila menjawab soalan peguam defendan
Joshua Kevin sama ada peletakan jawatan Sharizat akibat tekanan parti
komponen BN.
“Saya tidak bersetuju.
"Saya ada tanya (mantan Perdana Menteri Tun) Mahathir (Mohamad), dia juga tidak memberi tekanan kepada Sharizat,” katanya.
Salleh menjelaskan, Mahathir hanya berkata mungkin Sharizat harus meletakkan jawatan disebabkan tekanan dan serangan PKR.
Salleh juga menjelaskan, selepas sidang media pemimpin popular PKR
Rafizi Ramli berhubung isu itu, terdapat 110 tulisan artikel diterbitkan
dan semuanya menyerang keluarganya.
Beliau berkata demikian dalam perbicaraan penuh kes samannya terhadap
ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan mantan setiausaha
agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.
Ia berhubung pembelian lapan unit kondominium di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan