MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sekali lagi mengeluarkan
penafian secara halus kepada peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee
Abdullah berhubung tuduhan mengenai individu digelar raja judi, Paul
Phua.
Khalid tetap enggan mengulas mengenai kenyataan terbaru Shafee, namun dilihat mempertahankan hasil siasatan polis ke atas Phua.
"Saya hanya boleh tekankan bahawa 14K (satu kumpulan jenayah terancang
antarabangsa) tidak wujud di sini, ada rakyat Malaysia di luar negara
yang diketahui sebagai anggota kongsi gelap ini.
"Bagaimana orang mahu tafsir kenyataan itu terpulang pada mereka.
"Tapi sebelum saya kata sebelum ini, saya tidak akan komen lebih lanjut
kerana ia akan menjejaskan prosiding mahkamah di Amerika Syarikat,”
katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Khalid diminta mengulas kenyataan Shafee pada Rabu lalu yang menunjukkan
bahawa polis bertindak dengan salah kerana mengaitkan anak guamnya
dengan 14K – memandangkan kongsi gelap itu tidak wujud di Malaysia.
Individu digelar raja judi itu serta anaknya menghadapi tuduhan
menjalankan operasi perjudian haram di Las Vegas pada tahun lalu.
Pihak berkuasa AS menuduh Phua menganggotai kongsi gelap berpengkalan di
Hong Kong itu berdasarkan maklumat yang menurut mereka dibekalkan oleh
PDRM.
Shafee telahpun menafikan laporan Malaysiakini, yang memetik sumber polis, bahawa siasatan pasukan itu ke atas Phua tidak salah.
Dalam menafikan laporan tersebut, Shafee berkata beliau “berpegang kepada apa yang disebut IGP”.
Kenyataan itu menimbulkan lebih banyak persoalan kerana ketua polis itu tetap berdiam diri dalam kes tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan