MALAYSIAKINI
Rekod telefon bekas anggota pasukan elit polis Azilah Hadri juga
kegagalan rakannya, Sirul Azhar Umar untuk menjelaskan penemuan barang
kemas milik Altantuya Shaariibuu dalam satu jaket di kediamannya membawa
kepada sabitan dan hukuman mati ke atas mereka.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua
Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria secara sebulat suara mendapati
kedua-duanya bersalah dan membenarkan rayuan pendakwaan untuk
mengenepikan pembebasan mereka oleh Mahkamah Rayuan.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang menulis
penghakiman majoriti itu berkata, mahkamah berpuas hati bahawa
pendakwaan membuktikan elemen niat bersama.
"Penemuan lokasi di tempat jenayah dan juga barangan tertentu milik si
mati ditemui berdasarkan maklumat daripada responden (Azilah dan Sirul).
"Memandangkan log panggilan Azilah menyatakan bahawa beliau membuat
panggilan dari tempat jenayah, alasan alibi beliau tidak dapat
dipertahankan.
“Tiada keterangan yang boleh menunjukkan bahawa beliau berada di Bukit
Aman atau Wangsa Maju pada masa tersebut, kata hakim tersebut.
"Kenyataan yang dibuat oleh Sirul juga tidak dianggap penting, bukan
kerana ia tidak dibuat dengan bersumpah tetapi kerana ceritanya tidak
konsisten.
“Dengan penemuan barangan si mati seperti selipar dengan kesan darah di
dalam keretanya, barang kemas milik si mati dalam rumahnya, malah
keretanya dikesan di plaza (tol) Kota Damansara menuju Puncak Alam
secara keseluruhannya menafikan kenyataan dengan tidak mengangkat sumpah
bahawa penglibatannya berakhir di luar rumah Abdul Razak Baginda,” kata
hakim tersebut.
Hakim Suriyadi berkata, terdapat banyak bukti yang dikemukakan oleh pendakwaa.
Azilah dalam alibinya menyatakan bahawa beliau berada di Bukit Aman
seperti yang ditunjukkan dalam diari balai polis dan kemudiannya makan
malam bersama teman wanitanya di Wangsa Maju.
Bagaimanapun, bekas teman wanita Azilah itu tidak dipanggil untuk memberi keterangan pembelaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan