Sabtu, 3 Januari 2015

Dua bahagian besar pesawat ditemui

MALAYSIAKINI


 


Pasukan mencari dan menyelamat menemui dua bahagian besar pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang terhempas pada hujung minggu lalu.

Laporan media hari ini menyebut, Ketua Badan SAR Nasional Indonesia Bambang Soelistyo berkata objek itu ditemui kira-kira 30 meter daripada lokasi penemuan tompokan minyak semalam.

“Dengan penemuan tompokan minyak dan dua bahagia pesawat, saya boleh jamin bahhawa ia merupakan bahagian pesawat AirAsia yang dicari.

“Kami menunggu pengesahan visual daripada gambar” katanya seperti dipetik dalam laporan Straits Times.

Objek pada kedalaman 30 meter bawah laut itu masing berukuran dimensi 9.4x4.8x0.4 meter dan 7.2x0.5 metres, lapor Today Online.

Operasi pencarian di kawasan tersebut menghadapi cabaran keadaan laut bergelora.

Penyelam-penyelam yang selama ini bersedia untuk aktivi mencari dan menyelamatkan dikerahkan untuk mencari mayat.

Sebelum itu, beberapa peralatan boleh selam digunakan untuk meninjau objek itu dengan lebih dekat.

Penerbangan AirAsia QZ8501 yang membawa 155 orang penumpang dan tujuh anak kapal terhempas di laut Kalimantan pada hari Ahad lalu selepas berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi waktu tempatan.

Usaha mencari dan menyelamat kini bertumpu kepada mencari mayat dan serpihan pesawat di laut.

Tiada ulasan: