Khamis, 15 Januari 2015

DAP Sarawak gesa SPR tarik cadangan persempadanan semula

DUN_Sarawak

 Roketkini.com


KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik semula cadangan persempadanan semula di Sarawak.

Menurutnya, penjelasan SPR kononnya lakaran semula terpaksa dibuat supaya kawasan lebih kecil bagi memudahkan wakil rakyat berkhidmat tidak masuk akal sama sekali.

“Jika itu berlaku, mengapa tidak ada persempadanan semula kerusi Parlimen?

“Kalau ADUN perlu mempunyai kawasan lebih kecil untuk berkhidmat dengan lebih baik, kenapa tidak ada keperluan yang sama untuk Ahli Parlimen? soal Chieng Jen.

“Sebab sebenarnya adalah BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dan tidak akan ada Ahli Parlimen pembangkang yang akan memberikan sokongan kepada cadangan tak masuk akal sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pengumuman cadangan persempadanan semula baru-baru ini, SPR mendakwa kawasan luar atau pinggir bandar lebih besar di bahagian permukaan (surface), dengan itu menyukarkan wakil rakyat berkhidmat, maka jumlah pengundi harus dikurangkan.

Menyelar dakwaan tersebut, Chieng Jen mempersoalkan mengapa DUN Satok, kawasan terkecil di permukaan hanya memiliki 13,580 pengundi sedangkan lebih besar berbanding Padungan dan saiznya hampir dengan Pending dan Batu Lintang.

Semakan yang dibuat menunjukkan Padungan mempunyai 22,873 pengundi, diikuti Pending seramai 30,881 dan Batu Lintang 24,640 orang.

“Satu-satunya penjelasan munasabah mengapa SPR sanggup membuat dirinya seperti orang bodoh dengan tergesa-gesa untuk meningkatkan kerusi DUN, adalah kerana parti mesra BN seperti UPP dan TERAS memerlukan kerusi

“Penambahan 11 kerusi DUN tanpa melaksanakan perkara yang sama terhadap kerusi Parlimen merupakan satu lawak jenaka,” ujar Ahli Parlimen Kuching itu. -Roketkini.com

Tiada ulasan: