Jumaat, 2 Januari 2015

DAP gesa kerajaan pertingkat industri tenaga di Sabah

Chan-Foong-Hin

Roketkini.com


TAWAU: DAP menggesa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili agar melakukan lebih banyak usaha untuk meningkatkan industri tenaga boleh diperbaharui (RE) di Sabah.

Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin berkata, biarpun beliau menyambut baik langkah membuka loji janakuasa solar PV pertama di Tawau, namun masih banyak lagi usaha yang harus dilakukan.

“Sebagai permulaan, lebih banyak kuota harus diberikan kepada Sabah di bawah Feed in Tariff (FiT).
“Hakikat yang beliau harus sedari, Sabah ketinggalan dua tahun berbanding negeri lain di Semenanjung kerana FiT hanya mula dilaksana tahun ini disini.

“Sabah perlu mendapat lebih kuota kerana gangguan kuasa masih kekal sebagai isu cukup serius di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Pada 31 Oktober 2012, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua telah mendedahkan tindakan Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang telah menganugerahkan projek FiT kepada banyak syarikat yang tidak layak.

Menurut Tony, penganugerahan itu yang melibatkan 32.4 peratus daripada jumlah 139MW telah diberikan kepada anak bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan iaitu Suzi Suliana.

Merujuk kes tersebut, Foong Hin yang juga Adun Sri Tanjong menyatakan, Sabah wajar diberi keutamaan untuk membangunkan projek RE.

“Apakah semua faedah untuk rakyat negeri ini kurang penting berbanding anak perempuan seorang penjawat awam (Sidek Hassan)?” tegasnya.

30 Disember lalu, loji janakuasa solar PV pertama telah dimulakan di SMR Aquaculture Sdn Bhd Sungai Burung, Balung, Tawau.

Loji janakuasa itu yang mampu menghasilkan satu megawatt bekalan tenaga dapat menampung kira-kira 500 isi rumah di Tawau.

Pelaburan untuk loji janakuasa solar pertama ini menelan belanja sebanyak RM10 juta dengan jaminan

Pelaburan untuk penjanaan solar yang pertama di daerah ini ialah RM10 juta dan dijamin mampu bertahan selama 40 tahun. – Roketkini.com

Tiada ulasan: