Khamis, 22 Januari 2015

Dakwa kerajaan negeri tak kerjasama, Azmin kata Noh Omar pembohong

Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic



BATU ARANG: Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyifatkan Datuk Seri Noh Omar sebagai pembohong kerana mendakwa kerajaan negeri tidak memberi kerjasama sehingga menyebabkan projek-projek kerajaan persekutuan terbantut.

Katanya, dakwaan beliau tidak memberi kerjasama kepada kerajaan persekutuan adalah tidak wajar kerana keadaan adalah sebaliknya.

Kelmarin Noh Omar yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) menjemput Azmin meninjau projek-projek pembangunan persekutuan termasuk projek Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-MIAT).

Katanya, Azmin seharusnya menerima ‘jemputan’ berkenaan memandangkan Timbalan Presiden PKR itu sering menguar-uarkan dirinya mahu menghabiskan 80 peratus masa untuk turun padang bagi mendengar masalah rakyat.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah kerajaan persekutuan sendiri tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri,” kata Azmin.

"Sebagai contoh kita ada Jawatankuasa Tindakan Negeri untuk melihat kemajuan projek-projek persekutuan. Mereka tidak mahu datang mesyuarat, tidak berikan senarai projek persekutuan.

"Jadi macam mana kita nak tinjau? Jadi dakwaan Noh Omar itu pembohongan," katanya kepada wartawan selepas majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Idaman PKNS di Kota Puteri.

Tiada ulasan: